Hello readers ! Harini I nak share novel fixi lagi 😁 Tajuk dia videotape.
SINOPSIS
Razak seorang remaja yang dibesarkan dalam keluarga toksik. Disebabkan itu, dia lebih banyak lari daripada masalah di rumah dengan mencari masalah di luar.
Sepanjang hidupnya, dia mengenali beberapa kawan yang dianggap sebagai darah dagingnya sendiri. Mereka mencari kegembiraan bersama dan mencari masalah bersama.
Suatu hari, ketika didenda untuk bersihkan sekolah, mereka terjumpa sebuah kaset video yang tersorok di bilik stor. Tanpa mereka sangka, isi kandungan videotape itu bakal mengubah nasib hidup mereka. Bersama-sama, mereka menyelongkar misteri ngeri di sebalik objek berteknologi kuno itu.
Menerusi proses ini, Razak pelajari erti persahabatan, percintaan, kehidupan - dan kematian.
GENRE
Jenayah, penyiasatan, persahabatan, remaja
-----
Jalan ceritanya agak menarik, sebab misteri and obviously lebih kurang realiti. First, family Razak ni tak memberi contoh yang baik. Papa dia lecturer yang gila seks and selalu student perempuan yang nak markah tinggi akan tidur dengan papa dia. Mama dia pula muda lagi, dalam 29 tahun. and mama dia kuat merokok, ambil dadah dan minum arak. Tapi Razak tak pernah ada niat nak ikut perangai parents dia, and dia paling sayang mama dia.
Dia ada geng, the guys, ahli geng tu ada Razak, Joanne, Kok Ming, Ash, Dayana, Hasrul, Naga dan Gravin. Friendship dorang memang cenggini 👍
Dorang ni kira budak-budak nakal dan degil. Satu hari mereka kena denda bersihkan sekolah dan stor. Masa tu la mereka jumpa videotape. So mereka pakat nak tengok video tape tu bersama-sama. Mereka bertaruh RM10 siapa teka betul videotape tu cerita pasal apa, tapi benda tukar jadi misteri dan pelik lepas dorang tengok tape tu sebab content tape tu ada seseorang record video dia kidnap one girl ni nama dia Jacqueline or Jackie.
Siapa Jackie ni ? Apa kena-mengena videotape tu dengan Jackie ni ? Semuanya terjawab lepas korang baca novel ni. Dan apa yang akan terjadi pada dorang semua ? Mati or hidup ? Jeng jeng.
Jalan ceritanya menarik tapi agak lambat sebab mereka cuba memburu siapa orang yang di dalam video tape tu. Mereka cuba mengorek cerita dari guru-guru yang sudah lama bekerja di sekolah mereka. Ceritanya lebih kepada pemburuan dan tak banyak menceritakan tentang video tape tu. I pun ada rasa nak tau apalagi content dalm video tape tu sebab mereka cuma tengok sekejap saja, tapi takde diceritakan.
RATING
★★★