May 30, 2017

KAMPUS BY SYAFIQ AIZAT


SINOPSIS

25 tahun lalu, kampus itu pernah dikejutkan dengan serangan Krampus. Budak-budak nakal akan mendapat ranting lidi dan batu arang sebelum nyawa mereka diragut makhluk itu – yang dikatakan bertanduk, bermata merah, warnanya hitam dan taringnya terjojol.

Kini, makhluk itu kembali untuk memburu mangsa seterusnya. Dani, ketua kolej yang baru, yakin bahawa kejadian itu merupakan satu agenda. Agenda apa? Dia pun tak tahu.

Dia cuma tahu ada agenda.

Kenapa makhluk tu kembali? Apakah dosa warga kampus itu sehingga mengundang kemunculan Krampus itu semula?

Dan adakah makhluk itu benar-benar wujud? Atau sekadar...

GENRE
Jenayah, penyiasatan, remaja, persahabatan 

-----

Novel ni memang buat kita berfikir. Cerita tentang pembunuhan yang dilakukan oleh Krampus, makhluk yang tak sukakan Krismas dan dia akan hadiahkan lidi dan batu arang kepada budak-budak nakal saja. Cerita ni pula, Krampus tu bagi lidi dan batu arang kepada orang yang dia nak bunuh. 

Siapa Krampus ni ? Hantu atau manusia ? Ooopppssss 😁

Memang susah nak agak siapa pembunuh sebab semua boleh jadi suspek. Kawan, pensyarah dan polis pun nampak macam suspek. Cara mereka mati pun buat kita tertanya-tanya sebab mereka hilang, tau-tau je esoknya dah mati tapi taktau bila dan macam mana mereka mati.

Apa yang I suka dalam novel ni, watak utama dia, Dani sebab dia bad boy tapi sangat mementingkan kawan-kawannya. Dan mereka punya brotherhood memang 👍 Walaupun Dani ni kaya dan kadang-kadang bossy sikit, tapi dia sentiasa melindungi kawan-kawannya walaupun dia sendiri dalam bahaya.

Cerita novel ni buat kita berteka-teki, dan pembunuh dia memang kita tak jangkakan.

RATING

★★★★

No comments:

Post a Comment