July 07, 2016

AS #blog : Selamat Hari Raya

Assalamualaikum and hye :)

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
.....

Alhamdulillah habis 30 hari kita berpuasa (sapa tak cukup tu diam diam hee)
Macam biasa la malam raya memasing sibuk nak siapkan menu untuk esoknya.
Dan kami macam biasa mesti menu laksa johor.
Tapi kami bebudak ni (bebudak la sangat) main bunga api & mercun kat luar rumah dengan si paksu.
Kiri kanan depan belakang bunyi mercun.



Bayangan budak kecik tu sebenarnya adik sepupu nina.
Dia duk berlari sana sini dah macam hantu dah dalam gambar ni.

Esoknya...

Memasing dah pakai cecantik nak beraya.


Dah siap hidang dah.


Camera dah ready nak tangkap gambar family.


Eh eh si Aira Raisha dah posing boekk dah.

First time raya dekat Gombak, kitorang buat takbir satu family.
Kalau kat Johor memang selalu buat takbir malam raya.
Tapi kali ni kita buat siang.
Habis solat sunat dengan makan, get ready nak takbir.



Lepas takbir apalagi, bermaaf-maafan.


Terkejut nenek bila mintak doakan jodoh yang baik-baik.
Hahaha.


Bila muka ayah kau takde perasaan tapi kau tersengih mintak duit raya.


Purple.


Dari kecik sampai ke besar, dua ni la cucu paling degil and buat orang sakit jiwa.
Tapi nenek, pakcik, makcik tetap sayangkan kami uhuks.


Cuma berempat.


K la ni last belanja gambar raya pertama.
5 hari raya tapi pack.
Sehari raya kat Gombak, raya kedua ke Johor dah.
Balik jumaat, sabtu pagi dah gerak Penang hantar si Haqim.

Okay la.
Babai.

July 03, 2016

Perempuan ni complicated (?)

Perempuan complicated ? Ya.
Kadang-kadang orang perempuan pun rasa diri dia complicated.
Susah nak baca isi hati dan perasaan perempuanni.
Kejap okay, kejap marah, kejap happy, kejap sedih, kejap sentap.
Benda ni berlaku setiap hari pada perempuan walaupun bukan hormon perempuan.


Nina sendiri rasa, kawan-kawan nina rasa. Sometimes we say sorry to each other if buat dorang terasa. Kita tak perasaan sebab ikutkan perasaan. Benda kecil pun boleh buat kita sentap. Macam nina, ada satu hari, kawan buat salah kecil pun boleh sentap. Kadang-kadang dia tak buat pape pun, senyap je, tu pun boleh buat sentap.


Kawan nina pun ada, bila orang lain buat salah sikit dia naik angin, tapi alhamdulillah masing-masing pandai control emosi sekarang. Kalau kitorang rasa nak marah nak melenting, kitorang senyap. Daripada marah then orang lain kecil hati, lebih baik diam. Dan orang pun faham keadaan kita. Kita pun dah besar, dalam proses nak matang. Emosi tak stabil pun kadang-kadang sebab benda-benda sekeliling kita, contoh assignment. Sebabkan assignment boleh buat kita dari okay jadi tak okay. Jadi kita kena la pandai control emosi sendiri untuk elak orang lain terkena tempias. Sometimes bila kita bad mood, orang lain pun boleh bad mood disebabkan kita.