May 16, 2016

Aku Mahu Dia

Eryn melangkah masuk ke biliknya. Dia hanya memandang sekilas Adleen yang sedang asyik melayan video di laptopnya. Eryn menghempaskan tubuhnya ke atas katil sambil memejamkan matanya. Kusut rasanya bila terlampau banyak assignment perlu disiapkan secepat mungkin. Adleen yang khusyuk menonton Running Man terhenti apabila melihat Eryn yang kekusutan.

"Penat ?" soal Adleen, bunyi seperti memerli.

"Of course lah penat. Aku bukan macam kau asyik menghadap laptop tu." balas Eryn dengan mata yang masih terpejam.

"Hmm... Hari ni aku takde kelas. Aku bosan sebab tu aku layan Running Man ni." terang Adleen sambil menutup laptopnya. Dia duduk menghadap Eryn yang sedang baring di atas katilnya. Katil mereka bertentangan.

"Laptop tu aku tengok setiap hari on. Kalau dia boleh bercakap, mesti dia suruh berhenti." kata Eryn lalu bangkit dari pembaringan. Dia mencapai tuala yang tersidai. Adleen tersengih.

"Tulah, nasib baik dia tak boleh bercakap, kan." kata Adleen berseloroh.

"Dah mandi ke belum ni ? Muka macam tak mandi je lagi." Eryn melangkah ke arah bilik air.

"Heee belum." balas Adleen tersengih sambil membuat simbol 'peace' dengan jari. Menahan malu agaknya.

"Eee busuklah. Dah pukul dua petang tak mandi lagi. Malang betul bakal laki kau." kata Eryn.

"Amboi ! Sesedap mulut comel kau tu je mengata aku. Alaa aku malas, aku baru je bangun pukul 12 tadi. " kata Adleen jujur.

"Astaghfirullah anak dara ni..." Eryn sudah menggeleng kepala sambil bercekak pinggang.

"Hehe alaa kau ni macam mak akulah. Kau macam tak kenal aku, kau kan jam loceng aku." balas Adleen sambil tersengih seperti kerang busuk.

"Aku kenal sangat kau ni. Sekarang ni kau nak mandi dulu ke aku dulu ?" Eryn yang memang sudah tercegat di depan pintu bilik air menyoal.

"Kaulah dulu, lepas tu baru aku." Adleen berbaring malas di atas katilnya.

"Tengok tu, pemalas !" Eryn terus menutup pintu bilik air. 


***

Eryn sedang menelaah pelajarannya manakala Adleen asyik dengan iPhone kesayangannya. Adleen tak henti-henti tersengih. Apalah yang dia tengok kat handphone tu. Eryn memandang sekilas Adleen di hadapannya lalu menggeleng.

"Kau ni, kalau takde laptop iPhone pun jadilah, kan ? Tak habis-habis gadget." kata Eryn sambil menutup bukunya. Habis satu tajuk diulang kaji.

"Alaa aku tengah layan Youtube ni. Jangan kacaulah." balas Adleen tanpa menoleh. Eryn hanya menggeleng. Dia menghirup kopi Adleen yang berada di hadapannya. Adleen mengangkat muka.

"Ewah... Selamba tok nenek abah kau je minum air aku. Orderlah." Adleen mengambil cawan yang berada ditangan Eryn. 

"Aku minum sikit jelah, itu pun kedekut." kata Eryn dengan muka selamba sebelum menyambung study. Adleen menjeling. Dia meletak iPhone di atas meja lalu menghirup kopinya. Dia memandang sekeliling cafe, tiba-tiba dia ternampak susuk tubuh yang dia kenali.

"Faizal ?" satu nama terpancul dari mulut Adleen. Eryn mengangkat wajahnya.

"Siapa ?" soal Eryn yang tidak berapa jelas mendengar perkataan yang keluar dari mulut Adleen.

"Faizal." Adleen menuding jari ke arah seseorang yang sangat dia kenali. Lelaki itu berada hampir dengan mereka, namun lelaki itu tidak menyedari dirinya sedang diperhatikan. Eryn menoleh. Terbeliak matanya apabila melihat lelaki yang pernah bertakhta di dalam hatinya berada sangat hampir dengannya.

"What ? Macam mana dia boleh ada kat sini ?" soal Eryn, kaget. Pantas dia menutup mukanya dengan buku nota.

"Eh jom tegur. Bekas senior kita tu." ajak Adleen lalu bangun dari tempat duduknya.

"No !" Eryn pantas membantah. 

"Hey, jomlah !" Adleen terus menarik-narik tangan Eryn. Eryn terpaksa mengikut kehendak Adleen. Lambat-lambat dia mengemas buku-bukunya. Mereka menuju ke tempat di mana lelaki bernama Faizal itu duduk.

"Hye, Faizal right ?" soal Adleen merenung Faizal. Faizal mendongak.

"Eh hye, Adleen ?" Faizal membalas sapaan Adleen walaupun agak terkejut bila disapa secara tiba-tiba. Dia mempersilakan mereka duduk. 

"Yeah. Wow dah lama tak jumpa you kan." kata Adleen sambil melabuhkan punggung di kerusi yang berhadapan dengan Faizal dan Eryn pula mengambil tempat di sebelah kawan baiknya itu. Dia perasan Faizal sedang merenung Eryn.

"Who's this ?" soal Faizal yang masih merenung Eryn. Eryn kaku tanpa bersuara. 

"You tak kenal ?" balas Adleen dengan dahi berkerut.

"No. Who ?" Faizal cuba mengingati wajah rakan-rakannya yang lama.

"Oh my God seriously ? This is Eryn, bro." Adleen memperkenalkan Eryn. Eryn tersenyum sambil memandang Faizal sekilas sebelum menundukkan wajah. 

"Eryn ? Eryn yang pernah I reject tu ke ?" soal Faizal sambil merenung Eryn dari atas ke bawah. Kata-katanya cukup membuat hati Eryn tersentap. Sejujurnya dia amat menyukai lelaki itu tetapi dirinya ditolak mentah-mentah di hadapan rakan-rakan Faizal kerana gayanya seperti budak kampung yang nerd, wajah yang berjerawat dan memakai pendakap gigi. Faizal pula amat membenci Eryn ketika mereka dibangku sekolah. Faizal merupakan lelaki yang digilai oleh pelajar perempuan di sekolah mereka dulu, dan dia merupakan salah seorang daripada mereka.

Adleen memandang Eryn yang sudah tertunduk. Eryn cuba menahan perasaan.

"You ni tak baik cakap macam tu. Itu cerita lama, buat apa nak ungkit lagi." kata Adleen dengan muka tidak puas hati. Dia cuba menenangkan Eryn. 

"Opsss sorry. I tak berniat nak ungkit, cuma teringat. But you look so different now, Eryn." kata Faizal kepada Eryn. Cuba mengambil hati.

"It's okay." Balas Eryn yang masih menunduk.

Faizal mengintai wajah Eryn yang sedang tunduk.

"Macam mana nak bercakap kalau pandang bawah. Takut ke nak pandang muka I yang kacak lagi tampan ni ? You look so pretty now." kata Faizal tersenyum. Eryn terpana melihat senyuman Faizal yang manis itu. Senyuman itulah membuatkan para gadis tak dapat melelapkan mata.

"Errr tak. Errr anyway, thanks, Faizal." Eryn gugup. Adleen sudah tersenyum simpul memandang mereka berdua.

"So you buat apa sekarang ?" soal Adleen menghentikan perbualan mereka. Dia tahu Eryn tidak berapa selesa dengan Faizal.

"I baru je balik dari UK. So maybe kerja dengan daddy I." jawab Faizal.

"UK ? Buat apa ?"

"Nenek I kan duduk sana. I ingat habis study nak kerja dekat sana, but daddy I suruh kerja dengan dia dekat sini. So kena ikutlah kata bos."

Adleen mengangguk-anggukkan kepalanya. Eryn mengerling ke arah jam dipergelangan tangannya. 'What ?! 11.50 ?' Eryn cemas, dia sudah terlewat untuk masuk ke kelasnya. Kelam kabut dia bangun sehingga terlanggar meja lalu jatuh terduduk. Pehanya terasa sakit kerana terkena bucu meja. Adleen dan Faizal pantas membantunya berdiri.

"Are you okay ?" soal Faizal. Dia membantu Eryn duduk.

"Okay. Sakit sikit." Eryn menggosok-gosok pehanya. Malunya....

"Eryn, kenapa kau kelam kabut sangat ni ?" soal Adleen sambil mengutip buku-buku Eryn di atas lantai.

"Sorry. Saya dah lambat masuk kelas. I have to go. Leen, kita jumpa lepas kelas." Eryn mengambil buku-bukunya dari tangan Adleen lalu melangkah pergi meninggalkan Adleen dan Faizal. Adleen memandang Faizal, Faizal hanya menjungkitkan bahu.

Setelah 2 jam menghadiri kelas yang sangat membosankan, Eryn keluar dari dewan kuliah. 

"Eryn! Eryn!" jerit Faizal dari jauh. Eryn tercari-cari suara yang memanggilnya sehingga matanya tertancap pada wajah kacak seorang lelaki. Faizal menuju ke arahnya.

"Ada apa ?" soal Eryn pelik. Mana tak pelik bila Faizal yang dulunya sentiasa menjaga taraf sebagai anak Dato' tiba-tiba menegurnya.

"Jom teman I lunch. " ajak Faizal.

"Hah ?" Eryn hampir ternganga, namun cepat-cepat dia menutup mulut. "Lunch ? Kat mana ?" Dia menyoal.

"Adalah. Jom !" Faizal mengambil buku yang berada ditangan Eryn. Eryn terkejut dengan tindakan Faizal.

"Errr dengan siapa ?" soal Eryn yang agak tidak selesa jika keluar berdua dengan Faizal.

"Aaaa dengan Adleen. Haa Adleen." jawab Faizal pantas.

"Kalau macam tulah, okay." Fuh! Nasib baik dia ajak Adleen.

Eryn membuntuti Faizal yang menuju ke arah kereta BMW miliknya. Eryn terlopong. 'Wah! BMW ?' Faizal membukakan pintu untuk Eryn. Eryn masuk sambil mengucapkan terima kasih. Faizal menghulur buku kepada Eryn sebelum menutup pintu lalu terus ke tempat duduk pemandu. Dia menghidupkan enjin kereta.

"Mana Adleen ?" soal Eryn bila Adleen tidak ikut sama. Faizal tidak menjawab. Dia hanya terus memandu dan meninggalkan perkarangan kolej mereka. 

"Mana Adleen, Zal ?" soal Eryn lagi. Nada suaranya cemas.

"Takde." jawab Faizal tanpa menoleh.

"Hah ? Awak kata Adleen join kita." Eryn kelihatan risau. Faizal terus memandu. "Awak tipu ?" Eryn memukul bahu Faizal dengan bukunya.

"Kalau saya jujur, awak nak ke teman saya makan ?" soal Faizal tanpa menoleh. Matanya fokus memandang jalan raya.

"Stop the car. " Faizal tidak pedulikan Eryn. "Faizal !"

Faizal menghentikan keretanya di tepi jalan, namun dia masih tidak menoleh. Eryn cuba membuka pintu tetapi pintu tu lock.

"Unlock the door." kata Eryn dengan perasaan tidak puas hati.

"No !" Faizal masih membatu.

"Faizal !"

"Why ?" soal Faizal sepatah lalu menoleh memandang Eryn yang berwajah ketat.

"Saya tak selesa kalau keluar berdua dengan lelaki." balas Eryn tanpa memandang Faizal. Faizal mengeluh. Dia kembali merenung jalan di hadapannya.

"Hari ni je, boleh ?" Faizal seakan-akan merayu. Tiada jawapan dari mulut Eryn.

"Please..." Faizal sedaya upaya memujuk Eryn.

"No !" Eryn masih membantah.

"Eryn, sekali ni je."

Eryn mendengus kuat. Tanpa memandang Faizal, dia mengangguk jua. Kali ni saja !

Faizal tersenyum ceria. Dia menghidupkan enjin dan terus menuju ke destinasi.


***


Eryn menghempaskan beg tangannya di atas katil. Dia memandang Adleen yang sedang bermalas-malasan di atas katilnya. Adleen tersenyum simpul.

"Apa senyum-senyum ?"soal Eryn sambil menjeling tajam Adleen. Dia duduk menghadap Adleen.

"Best tak lunch hari ni ?" Adleen berkata dalam nada perli. Dia ketawa melihat mwajah Eryn yang kelat.

"Best, best sangat. Ni mesti plan kau dengan Faizal, kan ?" 

"Dia yang nak keluar dengan kau sangat tapi dia tak tahu nak ajak kau macam mana. Yelah, kau kan tak suka keluar berduaan dengan lelaki."

"Dah tahu kenapa buat ?"

"Aku kesian kat dia. Kau tautak yang dia merayu dekat aku. Lagipun apa salahnya korang berdua keluar sama. Dulu kau yang tergila-gilakan dia, sekarang dia nak berbaik dengan kau, layan jelah."

"Sedapnya mulut kau cakap. Kau ingat aku macam kau ke keluar dengan lelaki ? Dahlah, mandi lagi bagus." Eryn bangkit lalu mencapai tualanya yang tersangkut.

"Baguslah, pergi mandi cepat. Nanti bau perfume Faizal melekat pulak kat baju aku." usikan Adleen membuatkan Eryn terbeliak.

"Ada bau ke ?" Eryn mencium pakaiannya.

"Ada sikit. Kuat gila baunya. Dia ada peluk kau ke ?" Adleen menjongketkan keningnya. Eryn mencium bajunya lagi.

"Mana ada. Kau ni merepeklah. Kalau dia buat macam tu, hospitallah jawabnya." balas Eryn lalu masuk ke dalam bilik air. Lagi dilayan perangai Adleen, lagi teruk jadinya. Adleen ketawa melihat kawannya.

"Eryn... Eryn..."

***
Setelah dua jam menhadiri kuliah yang sangat mencabar minda, Eryn keluar dari dewan kuliah dengan mata yang kuyu akibat penat dan mengantuk.

"Eryn. " Faizal yang berada di luar dewan kuliah menyapa Eryn.

Eryn menoleh. 'Hishh kenapalah mamat ni suka menyibuk ?'

"Ada apa ?" soal Eryn dengan nada yang malas.

"Jom makan ?" ajak Faizal sambil tangannya mahu mengambil buku yang berada di tangan Eryn. Eryn menepis tangan Faizal.

"Malaslah. Saya nak pergi library." balas Eryn lalu melangkah menuju ke perpustakaan. Faizal dengan riak yang kecewa mengikut Eryn.

"Kalau macam tu saya temankan, okay ?" Faizal tersenyum memandang wajah Eryn. Eryn hanya buat tak endah tanpa menoleh.

"Suka hati." jawab Eryn. Seboleh-bolehnya dia ingin menjauhi Faizal, namun hatinya tidak mahu. Apakah ?

"Eryn, esok ada birthday party cousin saya. Jom temankan saya." ajak Faizal. Eryn tidak mempedulikan kata=kata Faizal. Cukuplah sekadar dia menemani Faizal makan dan belajar, kalau nak teman dia jumpa kawan-kawan dia, maaflah.

"Eryn dengar tak ni ?" tanya Faizal apabila sedar Eryn masih menelaah pelajaran. Dia menarik buku rujukan yang berada di hadapan Eryn. Eryn mengangkat wajah dan matanya bertentangan dengan mata coklat Faizal. 'Haih macam manalah gadis-gadis tak cair dengan dia. Senyum dia, mata dia semuanya indah.' puji Eryn dalam hati.

"Sorry, Zal. Saya tak boleh teman, esok birthday Adleen. Saya dah janji nak tolong dia." kata Eryn lalu menarik semula buku rujukannya. Dia baru teringat yang dia sudah berjanji untuk membantu Adleen mempersiapkan majlis hari jadinya.

"Owh yeke ? Takpelah kalau macam tu." Jelas ada nada kecewa pada suara Faizal. Faizal merenung Eryn yang sedang tekun.

"Jom kita makan, saya laparlah." ajak Eryn yang baru selesai mengulang kaji. Tangannya ligat mengemas buku-bukunya.

"Okay jom!" Faizal pantas mengemas buku-bukunya.

Mereka keluar dari perpustakaan.

"Tunggu sekejap, saya nak call Adleen." Eryn mengeluarkan handphonenya dan mendail.

"For what ? "

"Teman kita makanlah." jawab Eryn tanpa melihat wajah Faizal yang sudah berubah.

'Tak boleh ke kalau berdua je...' rungut Faizal dalam hati. 

"Adleen kata dia ada kelas." kata Eryn sambil menyimpan handphonenya. Faizal tersenyum gembira.

"Jom!" Faizal sudah laju ke hadapan.

"Jom pergi mana?" soal Eryn yang masih tercegat.

"Makanlah."

"Tak jadilah. Saya nak balik. Bye." Eryn melambai tangan sebelum melangkah pergi. Faizal menggenggam penumbuk lalu menumbuk dinding.

"Haish, melepas lagi aku." Faizal meramas-ramas rambutnya.

(Rumah Adleen)

"Assalamualaikum, makcik. Adleen ada ?" ucap Eryn kepada Datin Jamiah.

"Waalaikumusalam, Eryn. Dia ada kat biliknya." balas Datin Jamiah.

"Terima kasih, makcik." Eryn menuju ke bilik Adleen di tingkat atas. Ketika dia menaiki tangga, dia terkesima. Dia melihat seorang lelaki yang cukup dikenalinya keluar bersama-sama Adleen dari bilik Adleen. Faizal ? Dia melihat Adleen bergurau senda bersama-sama Faizal. Mereka menuju ke balkoni sambil berbual dan ketawa.

Eryn melihat dengan hati yang sakit. Dia rasa ada perasaan cemburu yang tiba-tiba muncul. Dia berasa ingin menangis. Ingin menjerit. Dia ingin segera pulang daripada terus berdiri di situ. Dia menuruni tangga dengan tergesa-gesa tanpa melihat kiri kanan, tiba-tiba kakinya tergelincir dan dia terjatuh. Dia mendengar suasana rumah menjadi kelam kabut. Dia juga dapat mendengar suara Faizal dan Adleen memanggil namanya.

Dunianya tiba-tiba gelap.

Setelah agak lama dia pengsan, akhirnya Eryn sedar. Dia melihat di sebelahnya ada Adleen yang sedang duduk, manakala Faizal berdiri sambil memerhatikannya. Eryn memandang sekeliling. Dia sedang berada di bilik Adleen dan terbaring di atas katil Adleen.

"Kenapa dengan aku?" soal Eryn lalu bangkit dari pembaringannya.

"Kau jatuh tangga tadi." jawab Adleen sambil membantu Eryn duduk. Faizal masih membisu dan hanya memerhati dua sahabat itu.

"Kenapa Zal kat sini ? Bukan Zal ada birthday party sepupu Zal ke ?" soal Eryn perlahan tanpa memandang Faizal.

"Eryn, sebenarnya..." Adleen cuba berkata tetapi dipotong oleh Eryn.

"Aku tak tanya kau, Leen." Eryn memotong kata-kata Adleen. Dia cuba menahan perasaan dan mahu mendengar penjelasan dari mulut Faizal sendiri. "Aku ingat korang berdua hanya kawan." kata Eryn, perlahan.

"Eryn, aku dengan Faizal mana ada apa-apa."

"Yeke ? Tadi aku nampak bukan main mesra kau bergurau senda dengan Faizal sambil bertepuk tampar, kawan ke ?" soal Eryn dengan nada sinis.

"Eryn, betul kata Adleen. We're nothing." Faizal mengiyakan kata Adleen.

"Jealous ?"soal Adleen dengan nada sinis pula. Eryn terdiam lalu menundukkan wajah.

"Kenapa diam? Jawablah!" Suara Adleen membuatkan Eryn tersentak.

"Memang aku jealous. Kau tau kan perasaan aku dekat Faizal macam mana." balas Eryn sambil merenung Adleen.

"Kalau sayang cakap sayang, Eryn. Tak payahlah kau nak tipu lagi hati kau tu. Faizal dah tunjuk dah yang dia sebenarnya sayangkan kau, tapi kau tu je yang buat-buat tak nampak. " kata Adleen. Faizal pula hanya menundukkan wajah, dia tersenyum sendiri.

Eryn senyap.

"Eryn... Sebenarnya aku dengan Faizal ni sepupu." terang Adleen sambil tersenyum. Eryn hampir terlopong, dia memandang Faizal. Faizal tersenyum sambil mengenyitkan mata.

"Aku taktau pun..."

"Dah kau tak tanya..." balas Adleen dengan ketawa. Faizal turut tersengih.

"Dah sedar pun. Masih sakit lagi ?" Tiba-tiba terdengar suara perempuan dari pintu bilik. Terjengul wajah seorang wanita yang agak berusia, namun penampilannya sangat bergaya. Eryn hanya menggelengkan kepala.

"Kesian bakal menantu Aunty ni. Nasib baik ada Faizal tolong angkatkan Eryn tadi." kata-kata wanita membuatkan Eryn terkesima lagi. Malam ni memang cukup membuatkannya terperanjat. Dia memandang Faizal.

Faizal yang sejak tadi memerhatikannya pantas menoleh ke arah lain. Pura-pura tidak mendengar.

"Bakal menantu ? Aunty ni siapa ?" soal Eryn kebingungan.

"Nama aunty Datin Roziah, panggil je aunty. Kan hari ni Faizal nak lamar Eryn, Eryn tak tahu ke ?" soal Datin Roziah dengan dahi berkerut. Dia memandang Faizal.

"Mama..." Faizal mula diserang perasaan malu. Dia perasan Eryn sedang merenungnya, cepat-cepat dia mengalih pandangannya agar tidak bertembung dengan mata Eryn.

"Hari ni bukan birthday party aku je, tapi hari kebahagiaan korang berdua jugak." kata Adleen sambil ketawa. Dia memeluk bahu Eryn. Eryn yang terkaku hanya mampu tersenyum.

"Dah jom keluar. Acara pun dah nak start." ajak Datin Roziah sambil menarik tangan Adleen. Faizal membuntuti ibunya manakala Eryn terkial-kial bangun dari katil.

"Ya Allah budak bertuah ni. Pergi tolong Eryn tu." suruh Datin Roziah sambil menepuk bahu Faizal. Faizal tersengih lalu menuju ke arah Eryn.

Faizal menghulurkan tangannya kepada Eryn. Eryn yang terkial-kial terus memandang Faizal. Faizal mengangkat kening dan tersenyum. Eryn menyambutnya sambil tersenyum.



"Thanks, sayang." bisik Faizal di telinga Eryn. Eryn hanya menundukkan wajahnya.

No comments:

Post a Comment