August 31, 2017

WHITE : THE MELODY OF THE CURSE (2011)


Release date : June 9, 2011
Genre : Music, thriller, mystery, horror
Casts : Ham Eun Jung, Hwang Woo Seul Hye, May Doni Kim, Choi Ah Ra, Jin Se Yeon

SYNOPSIS
A Korean pop group's internal strife takes a back seat to death when they perform a cursed song.

-----

Seram. I rasa I macam termasuk dalam cerita tu 😂 Goosebumps. Jalan cerita dia seronok dan seram sampai I terpaksa cari tempat terang nak tengok sebab takut tengok gelap-gelap. Cara dorang kena seksa dengan hantu tu dan cara dorang bunuh diri. Kalau korang hayati cerita ni betul-betul, korang pun akan dapat rasa.

Cerita seram berkaitan dengan satu lagu yang menyebabkan kematian. "Pink Doll" nama kumpulan K-pop yang dianggotai 4 orang gadis ; Eun Ju, Jenny, A Rang dan Shin Ji. Satu hari mereka pindah ke studio baru, yang simpan satu kisah misteri. 

Eun Ju, ketua kumpulan, menemui satu tape disebalik cermin di bilik tari, yang tertulis 'White'. Eun Ju memainkan tape itu dan tape itu menunjuk satu music video lama seorang penyanyi wanita bersama-sama back up dancer. Lagu itu tak pernah dimainkan kerana ada sesuatu yang pelik terhadap music video itu, muka penyanyinya menakutkan


Ini gambar dari music video dalam tape tu

Mereka mengambil keputusan untuk menjadikan lagu itu sebagai lagu mereka, tetapi lagu itu hanya memerlukan seorang vokalis dan mereka terpaksa memilih vokalis utama di antara mereka berempat. Masing-masing mahu jadi vokalis utama.

Satu per satu benda buruk berlaku sehingga menyebabkan 3 daripada mereka ; Janny, A Rang dan Shin Ji, masuk hospital kerana cedera parah akibat diganggu si pemilik lagu itu. Pemilik lagu itu tak suka lagu dia diambil, sebab tu lagu yang dia tulis sendiri.

Eun Ju dibantu kawannya, Soon Ye, cuba mencari siapa pemilik lagu tersebut sebelum dia menjadi vokalis seterusnya. Akhirnya dia menemukan data si pemilik, Jang Ye Bin, yang sudah mati 15 tahun lalu akibat kebakaran. Setelah menyelesaikan masalah itu, Eun Ju mengambil keputusan untuk menjadi menyanyi lagu itu dan dia berjaya menjadi terkenal dengan lagu itu.


Namun, sumpahan yang ada pada lagu itu masih ada kerana pemilik lagu itu bukan Jang Ye Bin, tetapi seorang back up dancer berambut putih yang mukanya dicacatkan oleh back up dancer yang lain dan bunuh diri dengan minum peluntur. Jang Ye Bin, orang pertama mati sebab sumpahan itu, mencuri lagu itu dan menyanyikannya. 

Akhirnya, apa yang jadi ? Mereka hidup atau mati ke ? Siapa yang mati ? Silalah tengok 😂 Click SINI
RATING
★★★★★


Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

7 comments:

  1. Nampak macam best, nak tengok lah hehe

    ReplyDelete
  2. omg, kalau cikja tadenye nak tgk cerita seram nih hahahha

    ReplyDelete
  3. wah. macam best je. kena tengok ni. hihi

    ReplyDelete
  4. thanks for thiis sharing. bihaa mmg tgh cari cerita seram mcm ni.

    ReplyDelete
  5. uish macam best jaaa hehehe seram2 ni best

    ReplyDelete
  6. Tgk poster movie pun dh Rasa seram

    ReplyDelete